Air kencing dalam perubatan Air kencing

Pemeriksaan

Ramai pakar perubatan dalam sejarah telah melakukan pemeriksaan dan pengujian air kencing pesakit mereka. Hermogenes menulis mengenai warna dan ciri-ciri lain air kencing sebagai petanda penyakit tertentu. Abdul Malik Ibn Habib dari Andalusia d.862CE, menyebut banyak lapuran mengenai pemeriksaan air kencing di seluruh empayar Umayyad.[6] Diabetes mellitus mendapat namanya kerana air kencing pengidapnya adalah banyak dan manis. Urinalysis merupakan pemeriksaan air kencing dan sebahagian dari ujian biasa. Kultur air kencing dilakukan apabila jangkitan salur kencing disyaki. Pemeriksaan air kencing melalui mikroskop mungkin berguna bagi mengenal pasti substrat organik dan bukan organik dan membantu diagnosis.

Warna dan jumlah air kencing boleh menjadi petunjuk berguna bagi tahap rehidrasi (rehydration). Air kencing banyak dan jernih biasanya tanda hidrasi yang mencukupi, air kencing gelap merupakan tanda dehidrasi dehydration. Pengecualian adalah apabila alkohol, kafin, dan diuretik lain diambil, dalam kes di mana air kencing mungkin jernih dan banyak dan orang tersebut masih dehidrasi kekurangan air.

Penggunaan

Kegunaan terapi kencing sebagai rawatan perubatan atau regim kesihatan harian adalah tidak biasa. Pengamal perubatan Aztek menggunakan air kencing bagi mencuci luka luaran bagi menghalang jangkitan, dan memberikannya sebagai minuman bagi melegakan masaalah perut dan usus. Ciri-ciri perubatannya juga telah digunakan di China sebagai sebahagian perubatan holistik, dan di India, terutamanya sebagai sebahagian perubatan tradisi India, Ayurveda, di bawah nama Amaroli.

Sumber

Air kencing mungkin memiliki protin atau bahan lain yang mungkin berguna bagi rawatan perubatan. Air kencing dari wanita postmenopaus adalah kaya dengan gonadotropin yang mampu menghasilkan hormon perangsang folikel dan hormon meluteinkan bagi terapi kesuburan. Produk perdagangan pertama adalah Pergonal. Air kencing dari wanita mengandung mengandungi cukup human chorionic gonadotropin bagi penhasilan perdagangan dan penulenan bagi menghasilkan ubat hCG. Air kencing kuda betina bunting merupakan sumber estrogen, terutamanya Premarin.

Pada masa kini, syarikat Port-A-John dari Utica, Michigan, Amerika Syarikat telah memajukan penapis bagi mengumpul protin penting bagi perubatan daripada pengguna tandas kimia mereka.

Rujukan

WikiPedia: Air kencing http://cats.about.com/od/cleaningmesses/tp/odorout... http://www.drugs.com/enc/urine-chemistry.html http://content.karger.com/ProdukteDB/produkte.asp http://excretion-osmoregulation.know-heart-disease... http://www.neonjoint.com/passing_a_drug_test/produ... http://dictionary.oed.com/entrance.dtl http://www.punchandus.com/article/1005-pee.html http://www.rnceus.com/ua/uaph.html http://www.courses.fas.harvard.edu/~chaucer/ http://medres.med.ucla.edu/curriculum/lectures/acu...